Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SARAWAK BENARKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI

DALAM NEGARA

SARAWAK BENARKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI

GAMBAR HIASAN

KUCHING: Tiada halangan untuk pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di Sarawak, malah sambutan Hari Raya juga dibenarkan.

Bagaimanapun, Menteri Muda Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata biarpun dibenarkan pelaksanaannya hendaklah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Majlis Islam Sarawak akan memberi kebenaran kepada masjid dan surau kita untuk adakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini dengan garis panduan ataupun SOP yang telah kita keluarkan kepada semua pengurusan jawatankuasa pengurusan masjid dan surau agar dipatuhi oleh setiap jemaah,” katanya.

Tambah beliau maklumat lanjut berhubung SOP untuk solat Aidilfitri bagi negeri Sarawak akan dikeluarkan tidak lama lagi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading