Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SATU PUSAT MENGUNDI DI PARLIMEN SEPANG DITUKAR KE LOKASI BAHARU AKIBAT BANJIR

DALAM NEGARA

SATU PUSAT MENGUNDI DI PARLIMEN SEPANG DITUKAR KE LOKASI BAHARU AKIBAT BANJIR

Ia menyatakan pusat mengundi tersebut mengalami banjir dan tenggelam sepenuhnya semalam.

Gambar hiasan (BERNAMA)

SHAH ALAM: Satu pusat mengundi di Parlimen Sepang iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Dengkil ditukarkan ke lokasi baharu di Sekolah Rendah Agama Dengkil, setelah bangunan berkenaan terjejas akibat banjir.

Berdasarkan salinan surat daripada Pegawai Pengurus Pusat Mengundi Parlimen Sepang Datuk Abd Hamid Hussain kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Selangor, ia menyatakan pusat mengundi tersebut mengalami banjir dan tenggelam sepenuhnya, semalam.

Susulan itu, Abd Hamid menerusi suratnya bertarikh 17 Nov telah memohon pihak Pilihan Raya Negeri Selangor menukar pusat mengundi tersebut ke Sekolah Rendah Agama Dengkil.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Shafie Taib pula hari ini telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara tersebut untuk tujuan perwartaan semula pusat mengundi berkenaan.

Parlimen Sepang menyaksikan pertembungan lapan penjuru membabitkan calon Barisan Nasional Anuar Basiran, Perikatan Nasional diwakili Datuk Seri Rina Mohd Harun, Datin Che Asmah Ibrahim (Pejuang), Raj Munni @ Aiman Athirah Sabu (Pakatan Harapan),  Mohd Daud Leong Abdullah mewakili Parti Utama Rakyat (PUR), R. Nageswaran (Parti Rakyat Malaysia), Mohd Syahrul Amri Mat Sari (Bebas) dan M. Muneswaran (Bebas). –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading