MH17: DUA WARGA RUSIA, SEORANG WARGA UKRAINE DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP
Mahkamah Daerah The Hague hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Daerah The Hague hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine selepas mereka didapati bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 serta menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.
Mereka ialah dua warga Rusia iaitu Igor Girkin dan Sergei Dubinsky serta warga Ukraine, Leonid Kharchenko.
Hakim Hendrik Steenhuis yang membacakan ringkasan penghakiman turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu membayar pampasan lebih 16 juta Euro kepada ahli keluarga mangsa.
Beliau berkata peluru berpandu Buk TELAR dibawa ke Ukraine atas inisiatif Dubinsky, selaku pegawai memerintah dalam Republik Rakyat Donetsk (DPR) dan merupakan pegawai memerintah dalam DPR.
“Beliau secara langsung bertanggungjawab mengatur dan mengarahkan pengangkutan Buk TELAR ke dan dari tapak pelancaran. Berhubung cara ia diangkut, tertuduh Kharchenko mempunyai peranan langsung dan aktif sebagai komander eksekutif, yang menyediakan dan mengatur penempatan Buk TELAR.
“Kharchenko juga memastikan Buk TELAR dikawal dan dilindungi di tapak pelancaran,” katanya.
Hakim itu seterusnya berkata peranan aktif yang dimainkan oleh tertuduh adalah penting apabila menembak peluru berpandu Buk, sehingga Dubinsky dan Kharchenko telah bekerja sama dan sebagai pelaku dengan kru Buk TELAR telah menembak jatuh pesawat MH17.
Beliau berkata Girkin merupakan pemimpin tertinggi tentera DPR dari segi operasi dan oleh itu memikul tanggungjawab (akhir) untuk penempatan sumber ketenteraan dalam dan DPR.
Beliau berkata pesawat MH17 yang ditembak jatuh menyebabkan kemusnahan teruk dan meragut nyawa 298 orang dengan memberikan kesan serius yang tidak dijangka kepada keluarga.
“Mahkamah menyifatkan sikap dan perilaku Kharchenko, Dubinskiy dan Girkin, yang hanya menjawab pertuduhan dari jauh, sebagai tidak menghormati dan menyakiti perasaan waris,” katanya.
“Menyebabkan Penerbangan MH17 terhempas dan kematian semua orang yang berada dalam pesawat itu adalah satu pertuduhan serius, akibatnya amat dahsyat dan sikap tertuduh begitu keji sehinggakan tempoh pemenjaraan yang terhad tidak akan mencukupi.
“Ketiga-tiga tertuduh dihukum penjara seumur hidup. Mahkamah memerintahkan agar mereka yang telah disabitkan dengan kesalahan ini ditahan,” katanya.
Hakim itu berkata sejumlah 306 tuntutan bagi pampasan telah ditaksir mengikut undang-undang Ukraine.
Beliau berkata pampasan bagi kerosakan moral termasuk dari segi emosi telah dibenarkan yang berjumlah lebih 16 juta euro.
Ketika membebaskan Oleg Pulatov, hakim itu berkata tidak ada keterangan mengenai pembabitan aktif di pihak Pulatov dalam menggerakkan Buk TELAR atau tugasan yang diberikan oleh Dubinskiy kepada Kharchenko.
“Pulatov diketahui tidak berada di sekitar tapak pelancaran atau ketika Buk TELAR menembak peluru berpandu itu.
“Juga tiada sebarang petunjuk bahawa beliau berkemungkinan mengubah apa-apa mengenai perkara ini. Justeru, beliau dibebaskan,” katanya.
Terdahulu, menyentuh mengenai keterangan yang dikemukakan, hakim itu berkata mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu Buk yang ditembak dari padang di ladang itu.
“Ini jelas daripada gambar jejak asap di langit, kenyataan seorang saksi yang dilindungi, imej satelit, perbualan telefon yang dipintas dan data tiang penghantaran, gambar dan video mengenai seunit Buk TELAR sedang diangkut dan dipunggah serta penemuan serpihan dalam mayat seorang anggota kru, kekuda dan alur pesawat.
“Siasatan di Belanda dan luar negara tidak mendedahkan sebarang kesan pengubahan bukti,” katanya.
Prosiding jenayah terhadap keempat-empat lelaki bermula pada 9 Mac 2020. Bagaimanapun, tiada seorangpun yang hadir pada prosiding itu dan mahkamah memutuskan bahawa mereka dibicarakan secara ‘in absentia’ di bawah undang-undang Belanda.
Mereka berdepan pertuduhan menyebabkan pesawat itu terhempas sehingga mengorbankan semua penumpang serta kru MH17, yang boleh dihukum mengikut Perkara 168 Kanun Jenayah Belanda, dan bagi pertuduhan membunuh 298 orang yang berada dalam pesawat itu, kesemua tertuduh boleh dihukum mengikut Perkara 289 kanun sama.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan penjara seumur hidup atau 30 tahun tanpa parol atau peluang untuk dibebaskan lebih awal.
Dilaporkan bahawa MH17 telah ditembak jatuh oleh sebutir peluru berpandu BUK ketika terbang melewati kawasan dilanda konflik di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Kesemua 298 penumpang serta kru dalam pesawat malang itu, yang terdiri daripada 43 rakyat Malaysia, 193 rakyat Belanda dan 27 rakyat Australia, telah terkorban. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked