PILIHAN RAYA PARLIMEN PADANG SERAI PADA 7 DIS, PENAMAAN 24 NOV
Pilihan Raya bagi Parlimen Padang Serai, Kedah tidak akan diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, sebaliknya ditetapkan pada 7 Disember depan.
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya bagi Parlimen Padang Serai, Kedah tidak akan diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) esok, sebaliknya ditetapkan pada 7 Disember depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan hari ini berkata hari penamaan calon pula ditetapkan pada 24 Nov, manakala hari mengundi awal pada 3 Dis.
Beliau berkata SPR menerima Writ Pilihan Raya yang dikembalikan oleh Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Padang Serai pada Rabu, berhubung kematian calon Pakatan Harapan (PH) M. Karupaiya pada hari sama.
“Tempoh berkempen ditetapkan 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 Nov hingga pukul 11.59 malam 6 Dis,” katanya.
Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian dibuka dari 18 Nov dan ditutup pada 22 Nov.
Bagi maksud Hari Penamaan Calon PRU15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Abdul Ghani berkata calon-calon yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon bagi tujuan cabutan undi, untuk menentukan giliran pada kertas undi.
“Manakala, bakal-bakal calon baharu yang ingin bertanding hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon, yang telah lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon di pusat penamaan calon yang ditetapkan SPR,” katanya.
Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU).
Abdul Ghani berkata bagi menjalankan proses PRU15 bahagian pilihan raya Parlimen berkenaan, SPR telah melantik Pegawai Daerah Kulim Datuk Abdul Bari Abdullah sebagai pegawai pengurus pilihan raya dan dibantu oleh enam penolong pegawai pengurus.
Beliau berkata seramai 2,468 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya berkenaan, manakala sebanyak 46 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 230 tempat mengundi (saluran) dan satu pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi dua tempat mengundi (saluran) akan digunakan.
“Keseluruhan jumlah pusat mengundi sebanyak 47 buah dengan 232 tempat mengundi (saluran),” katanya.
Abdul Ghani berkata PRU15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen Padang Serai ini dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM1.6 juta.
Beliau berkata Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Okt akan digunakan untuk pilihan raya itu, yang mengandungi seramai 133,867 orang pemilih yang terdiri daripada 133,776 pengundi biasa, 76 orang polis dan 15 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
“SPR menyarankan semua yang terlibat dan hadir pada hari mengundi, hari penamaan calon serta semua urusan pilihan raya untuk memakai pelitup separuh muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mensanitasi tangan,” kata Abdul Ghani.
Karupaiya, 69, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Padang Serai dimasukkan ke hospital Hospital Kulim pada Isnin, selepas rebah ketika berkempen akibat serangan jantung dan meninggal dunia pada 2.27 petang Rabu lepas.
Karupaiya sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Datuk C. Sivaraajh (Barisan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan), Datuk Azman Nasrudin (Perikatan Nasional) dan calon Bebas Sreanandha Rao pada PRU15 esok.
Pada PRU14, Karupaiya menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon PAS Muhamad Sobri Osman dan calon BN Datuk Dr Leong Yong Kong. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests