‘SAYA TIDAK PERNAH BIARKAN ZAYN RAYYAN BERSENDIRIAN’ – IBU
Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia tidak pernah membiarkan kanak-kanak autistik itu bersendirian, sebaliknya hanya berpisah semasa waktu bekerja dan sesi persekolahan.
PETALING JAYA: Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia tidak pernah membiarkan kanak-kanak autistik itu bersendirian, sebaliknya hanya berpisah semasa waktu bekerja dan sesi persekolahan.
“Tidak pernah sama sekali, saya yang mengandung, melahirkan dan membesarkan Zayn (Zayn Rayyan). Sepanjang usia Zayn saya hanya berpisah dengannya pada waktu saya bekerja dan Zayn di sekolah sahaja.
“Saya tidak pernah membiarkan Zayn bersendirian atau mengabaikan,” kata Ismanira Abdul Manaf.
Saksi pembelaan pertama itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Haresh Mahadevan yang mewakilinya pada hari kedua prosiding membela diri dalam kes pengabaian membabitkan kanak-kanak malang itu.
Ismanira, 30, dengan tegas berkata dia tidak pernah mengabaikan Zayn Rayyan seumur hidupnya seperti mana dalam pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.
“Saya tidak berada di Blok R sepanjang masa dan saya tidak pernah ke kawasan sungai seperti dalam pertuduhan. Saya benar-benar hilang anak pada hari (5 Dis 2023) tersebut dan bukan saya mengabaikan,” katanya.
Semalam, Hakim Dr Syahliza Warnoh memerintahkan Ismanira membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu manakala suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Pertuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager