PUTRAJAYA: Semua majikan di seluruh negara tanpa pengecualian diwajibkan membayar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada pekerja bermula 1 Ogos ini.
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) hari ini memaklumkan, pelaksanaan penuh Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 itu merangkumi semua majikan tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan, termasuk majikan yang sebelum ini diberi penangguhan selama enam bulan.
Katanya kadar baharu itu telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 dan telah dilaksanakan pada 1 Februari lalu bagi majikan yang mempunyai lima orang pekerja dan ke atas serta bagi majikan yang menjalankan aktiviti profesional seperti diklasifikasikan di bawah Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020.
“Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, tempoh penangguhan pelaksanaan selama enam bulan diberikan dan akan tamat pada 31 Julai.
“Ini termasuk untuk pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak terpakai kepada pekhidmat domestik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Kesuma mengingatkan semua majikan untuk menyemak semula struktur gaji syarikat agar tiada pekerja menerima gaji pokok di bawah kadar minimum yang ditetapkan.
“Majikan juga perlu membuat penyesuaian operasi secara progresif dengan memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan pelaburan dalam latihan kemahiran pekerja,” menurut kenyataan itu.
Jelasnya, kegagalan mematuhi perintah itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732], dan boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja.
Denda tambahan sebanyak RM1,000 juga akan dikenakan bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan, manakala bagi kesalahan berulang, majikan boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, tambahnya.
“KESUMA turut menggalakkan majikan untuk memanfaatkan Dasar Gaji Progresif (DGP) yang bersifat sukarela dan bertindak sebagai pelengkap kepada pelaksanaan gaji minimum.
“Melalui DGP, majikan berpeluang meningkatkan pendapatan pekerja berdasarkan produktiviti, kemahiran dan sumbangan kerja, sambil menikmati insentif tunai bersasar daripada kerajaan,” ujarnya.
Kesuma berkata langkah tersebut dapat membantu syarikat mengekalkan pekerja berkemahiran tinggi, serta mengukuhkan daya saing jangka panjang dalam pasaran buruh yang semakin mencabar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager