Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDIRIAN MALAYSIA DALAM ISU GAZA TIDAK BERUBAH WALAU BERDEPAN TEKANAN AS – PM ANWAR

DALAM NEGARA

PENDIRIAN MALAYSIA DALAM ISU GAZA TIDAK BERUBAH WALAU BERDEPAN TEKANAN AS – PM ANWAR

Pendirian Malaysia terhadap isu Gaza di Palestin dan negara Asia Barat termasuk Iran tidak akan berubah walaupun berkemungkinan berdepan ugutan dan bantahan Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan tarif yang masih berjalan sehingga Ogos ini.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pendirian Malaysia terhadap isu Gaza di Palestin dan negara Asia Barat termasuk Iran tidak akan berubah walaupun berkemungkinan berdepan ugutan dan bantahan Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan tarif yang masih berjalan sehingga Ogos ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat berhak menyuarakan pandangan berhubung isu berkenaan.

“Kita belum dalam rundingan terakhir yang dilaporkan minggu lepas, masih belum ada tanda-tanda, tetapi dalam rundingan itu ada beberapa pertimbangan.

“Yang besar ialah kerana elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor dan cip, kerana pengeluaran kita seperti mana saya pernah sebut di Dewan, 60 peratus dari pengeluaran kita itu ke AS… AS juga memerlukan cip dan E&E dari Malaysia.

“Jadi kita harap dan doa Insya-Allah dapat diselesaikan dengan baik,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading