Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA WARGA EMAS MAUT DALAM KEMALANGAN DI TAPAH 

DALAM NEGARA

TIGA WARGA EMAS MAUT DALAM KEMALANGAN DI TAPAH 

Tiga warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 328.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Tapah ke Bidor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.19 pagi dan menggegaskan tujuh anggota ke lokasi.

Sumber: JBPM Perak

IPOH: Tiga warga emas maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 328.9 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Tapah ke Bidor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarozi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 11.19 pagi dan menggegaskan tujuh anggota ke lokasi.

Beliau berkata mangsa yang meninggal dunia ialah Chong Ong, 77; Teh Kim Kai, 76 dan Tan Ah Tak, 70. 

“Kemalangan itu melibatkan perlanggaran sebuah kereta jenis Toyota Vios dan Proton X50.

“Terdapat seorang mangsa lelaki yang menaiki Toyota Vios cedera manakala lima mangsa lelaki menaiki Proton X50 iaitu dua mangsa cedera dan tiga lagi meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarozi berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya berkata kesemua mayat dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah manakala punca kemalangan sedang disiasat lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading