Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGUMUMAN ESOK CERMINAN KOMITMEN REFORMASI – PM ANWAR

DALAM NEGARA

PENGUMUMAN ESOK CERMINAN KOMITMEN REFORMASI – PM ANWAR

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia yang akan dibuat esok, merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama kerajaan dalam setiap langkah reformasi.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia yang akan dibuat esok, merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat yang sentiasa teguh bersama kerajaan dalam setiap langkah reformasi.

“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil turut berkongsi bahawa Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai penghargaan buat semua rakyat Malaysia pagi esok.

Anwar sebelum ini, ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam, berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat itu akan diumumkan pada hari ini atau esok (Rabu).

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut diberikan mengenai bentuk penghargaan yang bakal diumumkan.

Sementara itu, menurut infografik yang dikongsikan Anwar, pengumuman itu dijadual berlangsung 10.30 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran utama termasuk RTM, Media Prima, Astro Awani, Bernama TV, TVS, TV AlHijrah serta platform media sosial seperti Facebook Live.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading