SHAH ALAM: Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dilaporkan terbabas ke dalam longkang di bahu jalan di Jalan Setia Alam berhampiran Lotus Setia Alam, di sini petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar jam 3:38 petang tadi.
“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan terdapat sebuah motosikal jenis Yamaha NVX dipercayai terbabas ke dalam longkang di bahu jalan.
“Mangsa, Agung Prassetyo Hadi Nugroho Katmiran, 23, telah meninggal dunia diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut,” katanya.—AlHijrah Online