Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAD ZON MERAH HTAR KLANG TERBAKAR

DALAM NEGARA

WAD ZON MERAH HTAR KLANG TERBAKAR

Satu kebakaran telah berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di Klang, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima panggilan sekitar jam 5:13 petang tadi.

Sumber: JBPM Selangor

KLANG: Satu kebakaran telah berlaku di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima panggilan sekitar jam 5:13 petang tadi.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Andalas) telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Menurut komander operasi, kebakaran dilaporkan berlaku di wad zon merah HTAR.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak hospital sebelum pihak bomba tiba di lokasi,” katanya hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada suis soket terbakar dan anggaran kerosakan hanya satu peratus.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan yang berlaku.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading