SELATAN LUBNAN MUNGKIN JADI ‘GAZA KEDUA’ DALAM KONFLIK ISRAEL-IRAN – KETUA DASAR LUAR EU
Menekankan konflik Israel-Iran yang semakin mendalam di Lubnan, Borrell berkata negara itu semakin menjadi medan pertempuran dalam perjuangan serantau yang lebih luas, menyebabkan masyarakat Lubnan “terperangkap” dalam konfrontasi berkenaan.
LONDON: Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) Josep Borrell pada Jumaat memberi amaran serius mengenai nasib selatan Lubnan yang mungkin menjadi satu lagi Gaza akibat konfrontasi antara Israel dan Hizbullah yang disokong Iran, lapor Agensi Anadolu.
“Mungkin Selatan Lubnan juga sedang menjadi satu lagi Gaza, menjadi medan pertempuran konfrontasi antara Israel dan Iran,” kata Borrell semasa ucapannya pada sesi ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York.
Menekankan konflik Israel-Iran yang semakin mendalam di Lubnan, Borrell berkata negara itu semakin menjadi medan pertempuran dalam perjuangan serantau yang lebih luas, menyebabkan masyarakat Lubnan “terperangkap” dalam konfrontasi berkenaan.
Borrell berkata Lubnan mungkin tidak lama lagi akan mengikuti nasib Gaza apabila konflik Israel-Iran semakin memuncak di rantau itu.
“Kita akan masuk ke dalam kitaran tidak berkesudahan,” kata Borrell, menekankan bahawa laluan semasa konflik boleh memperdalam ketidakstabilan di seluruh rantau itu.
Bercakap mengenai konflik berterusan antara Israel dan Hamas, Borrell menuding kepada ketidakupayaan masyarakat antarabangsa khususnya Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan gencatan senjata walaupun memiliki pengaruh besar di rantau itu.
“Presiden (AS) (Joe) Biden mengumumkan beberapa minggu lalu bahawa beliau mempunyai rancangan, rancangan Israel, namun tiada persetujuan dicapai,” kata Borrell, menekankan kuasa dan pengaruh AS, yang tidak berjaya membawa keamanan.
Borrell menekankan keperluan mendesak untuk menilai semula strategi perdamaian, dengan menyokong usaha segera ke arah penyelesaian dua negara, bukannya menunggu gencatan senjata yang mungkin tidak pernah berlaku.
“Jika anda mahu membina penyelesaian dua negara, jangan tunggu gencatan senjata. Mulakan usaha dari sekarang,” tegas Borrell, sambil menyatakan pendekatan “menghentikan perang dahulu dan kemudian memulakan keamanan” tidak berkesan berdasarkan realiti di lapangan.
Menurut Borrell, Gaza boleh berubah menjadi huru-hara setanding dengan Somalia, yang telah dilanda ketidakamanan selama bertahun-tahun, manakala Tebing Barat berisiko menjadi Gaza kedua.
Israel telah membedil Lubnan sejak pagi Isnin, mengorbankan lebih 700 orang dan mencederakan hampir 2,200 yang lain, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Lubnan.
Kementerian itu juga berkata bahawa bilangan kematian di Lubnan sejak Oktober lepas ialah 1,540 orang manakala lebih 77,000 orang kehilangan tempat tinggal dari bahagian selatan dan timur negara itu.
Hizbullah dan Israel telah terlibat dalam konfrontasi sejak bermulanya serangan rejim Zionis ke atas Gaza, yang telah meragut lebih 41,500 nyawa kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt lepas. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.