GISBH, ANAK SYARIKAT TIDAK PERNAH BAYAR ZAKAT – LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISBH, namun sehingga kini belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISBH dan anak syarikatnya.
SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Ketua Divisyen Kutipan Mohd Fikri Naim Harun berkata walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISBH, namun sehingga kini belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISBH dan anak syarikatnya.
“Terdapat lebih 20 syarikat berkaitan GISBH yang ada dalam senarai kami, yang kami semak tidak membuat sebarang bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor. Kami juga tidak dapat menentukan jumlah zakat yang GISBH serta anak syarikat mereka perlu bayar, kerana tidak pernah menerima sebarang maklumat berkaitan aset serta liabiliti yang mereka ada,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Karnival Zakat Selangor 2024 di Dataran Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Mohd Fikri Naim berkata jumlah bayaran zakat perniagaan biasanya ditaksir selepas LZS menerima maklumat berkenaan aset yang dimiliki serta liabiliti yang ditanggung oleh syarikat berkenaan.
Ditanya sama ada tindakan perundangan boleh dikenakan terhadap GISBH kerana tidak membayar zakat, Mohd Fikri Naim berkata terdapat peraturan dan undang-undang di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, yang memperuntukkan hukuman penjara serta denda kepada pihak yang sengaja tidak membayar zakat kepada LZS.
Beliau berkata berdasarkan enakmen itu serta Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012, mereka yang sengaja tidak membayar zakat atau sengaja tidak membayar zakat kepada LZS, boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.
“Kalau ditanya adakah kami tidak boleh ambil tindakan kepada GISBH kerana tidak membayar zakat? Kalau ikut enakmen, ya ada tetapi kami diamanahkan untuk berdakwah terlebih dahulu. Jadi, setakat ini pihak LZS akan terus menumpukan kepada usaha dakwah agar zakat dibayar secara sukarela dan ditunaikan atas kerelaan,” katanya.
Polis mengadakan serbuan Op Global pada 11 Sept terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH, kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.
Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu dikaitkan dengan GISBH. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests