Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SEMUA 29 PESERTA MALAYSIA GSF 2.0 DITAHAN REJIM ZIONIS

UTAMA

SEMUA 29 PESERTA MALAYSIA GSF 2.0 DITAHAN REJIM ZIONIS

Empat peserta Malaysia terakhir yang berada di kapal-kapal Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan telah ditahan rejim Zionis, menurut maklumat daripada Global Sumud Flotilla Tracker.

Perkembangan itu menjadikan kesemua 29 peserta Malaysia yang menyertai misi berkenaan kini ditahan rejim Israel.

PERAIRAN ANTARABANGSA: Empat peserta Malaysia terakhir yang berada di kapal-kapal Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 disahkan telah ditahan rejim Zionis, menurut maklumat daripada Global Sumud Flotilla Tracker.

Empat peserta terbabit ialah Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) dan Chin yang berada di kapal Alcyone, manakala Syed Amirul dan Dr Thanisah masing-masing berada di kapal Don Juan dan Zefiro.

Perkembangan itu menjadikan kesemua 29 peserta Malaysia yang menyertai misi berkenaan kini ditahan rejim Israel.

Difahamkan, semua peserta yang ditahan akan dibawa ke Pelabuhan Ashdod di negara haram Israel.

Misi Musim Bunga Global Sumud Flotilla 2026 dianjurkan bagi memecahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza serta menghantar bantuan kemanusiaan yang amat diperlukan penduduk di wilayah terkepung itu.

Kapal pertama GSF yang membawa bantuan kemanusiaan berlepas dari Barcelona pada 12 April, manakala armada utama memulakan pelayaran dari pulau Sicily, Itali pada 26 April.

Israel telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza sejak 2007, yang memberi kesan besar kepada lebih 2.4 juta penduduk wilayah itu dan menjejaskan bekalan makanan, ubat-ubatan serta keperluan asas.

Sejak Oktober 2023, wilayah Gaza turut berdepan serangan berterusan tentera Israel yang menyebabkan puluhan ribu nyawa terkorban, ratusan ribu cedera serta kemusnahan besar di wilayah berkenaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading