SEPANYOL LULUSKAN UNDANG-UNDANG EMBARGO SENJATA TERHADAP ISRAEL
Kerajaan Sepanyol meluluskan satu dekri undang-undang pada Selasa bagi mengukuhkan secara sah embargo senjata sepenuhnya terhadap Israel serta melarang penggunaan pelabuhan dan ruang udara Sepanyol bagi transit bahan api yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan.
MADRID: Kerajaan Sepanyol meluluskan satu dekri undang-undang pada Selasa bagi mengukuhkan secara sah embargo senjata sepenuhnya terhadap Israel serta melarang penggunaan pelabuhan dan ruang udara Sepanyol bagi transit bahan api yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan, lapor Xinhua.
Langkah itu merupakan antara sembilan inisiatif yang diumumkan awal bulan ini oleh Perdana Menteri Pedro Sanchez.
“Kami mengukuhkan embargo senjata sepenuhnya terhadap Israel serta larangan import produk dari penempatan haram Israel di Palestin,” kata Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Perniagaan Carlos Cuerpo pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet yang disiarkan oleh televisyen awam Sepanyol, TVE.
Berdasarkan dekri itu, Sepanyol akan mengharamkan penjualan peralatan pertahanan dan produk dwi guna kepada Israel, serta melarang import dan pengiklanan barangan atau perkhidmatan yang berasal dari penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki. Pelabuhan dan lapangan terbang Sepanyol juga akan ditutup kepada penghantaran bahan api yang berpotensi digunakan oleh tentera Israel.
Cuerpo berkata kerajaan akan membentangkan laporan suku tahunan bagi memastikan langkah itu dipatuhi.
Undang-undang Dekri itu berkuat kuasa serta-merta tetapi perlu disahkan oleh Kongres dalam tempoh 30 hari untuk kekal sah.
Sanchez, yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), turut mengulangi gesaan Sepanyol supaya dunia mengiktiraf kenegaraan Palestin sebagai sebahagian daripada penyelesaian dua negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests