Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRUMP ANGGAP MESYUARAT DENGAN NEGARA-NEGARA ISLAM BERHUBUNG GAZA “SANGAT BERJAYA”

UTAMA

TRUMP ANGGAP MESYUARAT DENGAN NEGARA-NEGARA ISLAM BERHUBUNG GAZA “SANGAT BERJAYA”

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan mesyuarat pelbagai hala yang diadakan pada Selasa bersama pemimpin beberapa negara majoriti Islam berhubung Gaza sebagai “sangat berjaya”

Sumber Gambar: AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan mesyuarat pelbagai hala yang diadakan pada Selasa bersama pemimpin beberapa negara majoriti Islam berhubung Gaza sebagai “sangat berjaya”, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kami mengadakan mesyuarat yang sangat baik mengenai Gaza,” kata Trump kepada pemberita ketika meninggalkan acara itu.

“Ia adalah mesyuarat yang sangat berjaya dengan semua pemain utama, kecuali Israel, tetapi itu akan menyusul. Saya fikir kami boleh mencari jalan penyelesaian berhubung Gaza, namun ia memang satu mesyuarat yang baik dengan pemimpin hebat,” katanya.

Tiada maklumat lanjut mengenai hasil mesyuarat tertutup itu diberikan oleh pegawai.

Rumah Putih sebelum ini memaklumkan bahawa Turkiye, Qatar, Arab Saudi, Indonesia, Pakistan, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan diwakili pada mesyuarat peringkat pemimpin itu, namun tidak memberikan butiran tambahan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading