SITI NURAMIRA LANGGAR PERATURAN 3R, SENTUH ISU KAUM DAN AGAMA KETIKA PERSEMBAHAN – SAKSI
Seorang hos di Kelab Komedi Crackhouse berkata Siti Nuramira Abdullah telah melanggar Peraturan 3R apabila melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menanggalkan baju kurung dan tudung yang dipakainya ketika membuat persembahan komediri pada Jun tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang hos di Kelab Komedi Crackhouse berkata Siti Nuramira Abdullah telah melanggar Peraturan 3R apabila melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menanggalkan baju kurung dan tudung yang dipakainya ketika membuat persembahan komediri pada Jun tahun lepas.
Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, 26, yang kini bekerja sebagai pereka grafik, berkata beliau sudah mengingatkan Siti Nuramira agar tidak menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja sebelum wanita itu memulakan persembahan.
“Semasa persembahan, apa yang dilakukan ialah memperkenal dirinya dan berkata dia boleh menghafal 15 juzuk al-Quran… dalam sekelip mata dia buka tudung dan baju kurung’ sebelum mengeluarkan perkataan yang kurang sopan. Saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk memproses tindakannya dan saya tidak pernah melihat dia seperti itu sebelum ini.
“Saya terkejut tapi saya juga mempunyai tanggungjawab (sebagai hos) dan saya tidak boleh terlalu terkejut kerana penonton perlu didahulukan. Saya fikir saya perlu meneutralkan keadaan supaya persembahan itu dapat diteruskan,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob pada hari pertama perbicaraan Siti Nuramira yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam lain.
Terdahulu, klip video berdurasi dua minit berkaitan insiden yang berlaku di kelab komedi itu pada 4 Jun tahun lepas telah dipertontonkan kepada mahkamah dan saksi pendakwaan pertama itu mengenal pasti individu dalam rakaman tersebut sebagai Siti Nuramira.
Mengimbau kembali insiden itu, Muhammad Asyraf dimaklumkan terdapat dua orang yang ingin membuat persembahan komediri pada 4 Jun 2022 kerana beliau adalah hos bagi acara tersebut yang bermula pada 5 petang.
“Sebelum persembahan bermula, saya mengingatkan penonton bahawa rakaman tidak dibenarkan agar orang ramai tidak menyalahgunakannya. Video ini langsung tidak mencerminkan apa sebenarnya yang kami persembahkan di Kelab Komedi Crackhouse. Biasanya kami buat persembahan lawak jenaka namun di sini (merujuk kepada video Siti Nuramira) tiada unsur lawak jenaka. Ia bukan komediri.
“Saya lihat ke arah penonton dan mereka kelihatan terkejut serta terdapat pelbagai reaksi yang bercampur-baur (semasa persembahan Siti Nuramira),” katanya.
Ketika disoal balas peguam R. Sivaraj, yang mewakili Siti Nuramira, Muhammad Asyraf berkata beliau turut menceburi kerjaya sebagai pelawak sambilan dan hanya menjadi hos bagi persembahan itu secara sukarela.
R. Sivaraj: Sebagai pelawak, adakah kamu bersetuju dengan saya bahawa perkataan kurang sopan sering digunakan ketika persembahan komediri dan kamu juga pernah berbuat demikian dalam persembahan komediri kamu.
Muhammad Asyraf: Bukanlah selalu dan ya, saya pernah menggunakan perkataan kurang sopan dalam persembahan saya.
R. Sivaraj: Berkaitan Peraturan 3R, saya katakan kepada kamu bahawa isu kaum, agama dan perkataan kurang sopan pernah digunakan di Kelab Komedi Crackhouse.
Muhammad Asyraf: Saya setuju.
Pada 13 Julai tahun lepas, Siti Nuramira, 27, didakwa melakukan perbuatan itu di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 6 petang 4 Jun 2022 mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak bersambung esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests