Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI LIMA BULAN TERPERANGKAP DI DALAM KERETA

DALAM NEGARA

BAYI LIMA BULAN TERPERANGKAP DI DALAM KERETA

Seorang bayi perempuan berusia lima bulan diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor selepas terperangkap di dalam kereta di Taman Saujana KLIA di sini, tengah hari tadi. 

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor selepas terperangkap di dalam kereta di Taman Saujana KLIA di sini, tengah hari tadi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 1.23 tengah hari sebelum enam anggota dari JBPM KLIA bergegas ke lokasi. 

“Mangsa dipercayai terperangkap di dalam kereta kira-kita 30 minit selepas Proton Saga itu yang dinaiki terkunci secara automatik selepas ibunya keluar,” katanya dalam kenyataan hari ini.  

Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kenderaan itu dan berjaya menyelamatkan mangsa sebelum diserahkan kepada ibunya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading