Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“SOLAT JENAZAH TAK PERLU DIBAYAR, PENGURUSAN TIDAK MENGAPA” MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BIDAS SALAH LAPOR PORTAL

DALAM NEGARA

“SOLAT JENAZAH TAK PERLU DIBAYAR, PENGURUSAN TIDAK MENGAPA” MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BIDAS SALAH LAPOR PORTAL

Kenyataan asal beliau hanya merujuk kepada solat jenazah yang tidak perlu dikenakan bayaran, dan bukannya kos pengurusan jenazah.

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil hari ini menafikan laporan sebuah portal tempatan yang mendakwa beliau menyatakan pengurusan jenazah tidak perlu dibayar.

Ahmad Fauwaz menegaskan laporan yang dikeluarkan hasil dari temubual media tersebut adalah tidak tepat hingga mengelirukan masyarakat.

Jelasnya, kenyataan asal beliau hanya merujuk kepada solat jenazah yang tidak perlu dikenakan bayaran, dan bukannya kos pengurusan jenazah.

“Saya hanya menyebutkan untuk solat jenazah tidak memerlukan bayaran adapun pengurusan ia mempunyai kos dan tidak mengapa mengambil kos upah secara asasnya. Mohon ambil perhatian,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Ahmad Fauwaz Fadzil memaklumkan bahawa pengurusan jenazah dan solat jenazah tidak memerlukan sebarang bayaran.

Portal tersebut mendapatkan penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan susulan tular isu melibatkan sebuah masjid di Kedah yang didakwa mengenakan bayaran RM500 bagi menguruskan solat jenazah sehingga memaksa keluarga si mati meminjam wang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading