PUTRAJAYA: Biarpun mengalami kurang upaya penglihatan, ia tidak menghalang usaha Zamzuri Ghani menyebarkan syiar Islam dengan menggunakan kepakarannya dalam Braille sehingga dinamakan antara penerima anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Ketua Operasi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Zamzuri Ghani bergambar bersama Anugerah Maulidur Rasul SAW yang diterimanya pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Biarpun mengalami kurang upaya penglihatan, ia tidak menghalang usaha Zamzuri Ghani menyebarkan syiar Islam dengan menggunakan kepakarannya dalam Braille sehingga dinamakan antara penerima anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan berusia 48 tahun itu aktif dalam penerbitan dan pengedaran Al-Quran Braille dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Braille selain menganjurkan kelas-kelas pengajian Al-Quran braille serta fardu ain.
Beliau yang juga Pengurus Operasi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (Pertis) turut terlibat dalam mewujudkan 58 bahan bacaan Islamik kepada OKU penglihatan serta menyediakan buku-buku teks di bawah Kementerian Pendidikan yang menjadi rujukan pelajar OKU penglihatan.
Zamzuri dikurniakan anugerah berkenaan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Zamzuri ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak menyangka menerima anugerah yang begitu besar dan menganggapnya sebagai pengiktirafan untuk golongan OKU dan Pertis.
“Kalau kira memang sumbangan saya tidak besar tetapi Alhamdulillah… kejayaan ini membuktikan peri pentingnya golongan OKU dalam menyebarkan syiar Islam,” katanya.
Bapa kepada lima anak berusia setahun hingga 12 tahun itu berkata beliau aktif membantu OKU penglihatan mengenai Islam dan membaca al-Quran melalui Pertis sejak 2001.
“Pengajaran al-Quran menggunakan Braille amat membantu terutama OKU penglihatan berusia 18 tahun untuk menghafal,” katanya.
Lima lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW ialah Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Datuk Kamarudin Abdullah dan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (1994-2000) Datuk Misnu Taha.
Penerima lain ialah aktivis kebajikan haiwan Datuk Dr Mhd Nordin Mohd Nor, Yang Dipertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan bekas penjawat awam Shaariah Dahman.
Sementara itu, Prof Datuk Dr Syed Othman Syed Husin yang diumumkan penerima Anugerah Perdana berkata anugerah diterimanya itu akan menjadi pemangkin untuk beliau lebih aktif menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat.
“Saya sebenarnya tidak terfikir diberikan anugerah ini, ia adalah anugerah daripada Allah SWT dan saya akan berikan perkhidmatan baik kepada masyarakat,” kata bekas pemangku Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 1987 hingga 1990.
Majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi bertemakan Perpaduan Teras Malaysia MADANI itu diserikan dengan keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked