MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA HARMONI DIADAKAN BULAN DEPAN
Mohd Na’im berkata mesyuarat jawatankuasa itu, yang berperanan sebagai medium perbincangan antara pemimpin agama bagi menyelesaikan persoalan berkaitan agama serta kaum, akan dipengerusikan beliau bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan Tahun 1445H yang bertemakan Perpaduan Teras Malaysia MADANI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (Harmoni) yang diaktifkan semula akan diadakan bulan depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Mohd Na’im berkata mesyuarat jawatankuasa itu, yang berperanan sebagai medium perbincangan antara pemimpin agama bagi menyelesaikan persoalan berkaitan agama serta kaum, akan dipengerusikan beliau bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
“Sebelum ini, saya sudah suarakan hasrat kepada Menteri Perpaduan Negara (Aaron) untuk aktifkan semula Jawatankuasa Harmoni kerana jawatankuasa ini memainkan peranan penting untuk anjur pelbagai program bagi tujuan kukuhkan perpaduan antara kaum.
“Menteri (Aaron) terima cadangan dengan baik. Ini adalah cerminan semangat kebersamaan antara kami,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1445 Hijrah/2023 Masihi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Majlis sambutan bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia MADANI” itu turut diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Mohd Na’im berkata pengaktifan semula jawatankuasa yang ditubuhkan pada 14 Ogos 2020 itu membolehkan pihaknya memperkasakan pendekatan Islam wasati (pertengahan) bagi menjelaskan kepada golongan bukan Islam bahawa agama Islam merupakan agama rahmah.
“Pendekatan wasati digunakan kerana ia tidak terlalu ekstrem, konservatif dan jumud, malah tidak terlampau longgar serta lari daripada disiplin ilmu Islam yang sahih,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How dalam masa terdekat untuk menjelaskan kepada beliau tentang disiplin berkaitan tafsiran petikan ayat suci al-Quran.
“Ini pendekatan harmoni. Insya-Allah kalau ada libat urus seumpama ini dengan golongan bukan beragama Islam, mereka dapat terima Islam sebagai agama rahmah,” katanya.
Pada Selasa lepas, Lee memohon maaf secara terbuka atas tindakan beliau memetik ayat al-Quran dalam satu video menerusi laman media sosialnya baru-baru ini. –-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked