TOKOH KELUARGA MITHALI: KASANAH UTAMAKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK, SEDEKAH JADI AMALAN
Kegigihan Kasanah membesarkan anak-anaknya sehingga mereka memperoleh pelbagai kejayaan, mendapat pengiktirafan apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Keluarga Ammar Bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, plak dan sijil penghargaan hari ini.
Penerima Anugerah Keluarga Ammar bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) Kasanah Mukkeri, 79, (duduk,tengah) bergambar bersama keluarganya pada sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M peringkat negeri Perak hari ini. –fotoBERNAMA
IPOH: Hidup serba kekurangan dengan sumber pendapatan arwah suami sebagai penoreh getah yang tidak seberapa, tidak menghalang Kasanah Mukkeri, 79, memberikan pendidikan terbaik kepada lapan anaknya.
Berbekalkan semangat itu keluarga Kasanah melakukan pelbagai kerja seperti berniaga kecil-kecilan kuih-muih, sayuran, mengambil upah menjahit termasuk kerja-kerja kampung, demi menambah pendapatan membiayai persekolahan.
Berkat kegigihan dan kesabaran, kesemua anak-anaknya kini berkelulusan tinggi dan ada yang bekerja sebagai timbalan ketua pengarah, jurutera, pengurus, eksekutif syarikat dan guru.
Kegigihan Kasanah membesarkan anak-anaknya sehingga mereka memperoleh pelbagai kejayaan, mendapat pengiktirafan apabila beliau diumumkan sebagai penerima Anugerah Keluarga Ammar Bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, plak dan sijil penghargaan hari ini.
Berkongsi resepi mendidik anak, Kasanah yang berasal dari Kampung Pauh, Behrang Stesen dekat Behrang berkata beliau dan arwah suaminya sentiasa menitiberatkan soal pendidikan dan menerapkan nilai bersedekah.
“Memang keluarga kami tidak semewah orang lain namun saya sekeluarga bersyukur atas nikmat dan rezeki yang Allah SWT berikan dalam membesarkan anak-anak walaupun saya dan suami penoreh getah.
“Suami akan berikhtiar untuk anak-anak kerana dia mahu mereka berjaya dalam pelajaran, dan selepas suami meninggal dunia pada 2002, ketegasan itu tetap diteruskan hingga anak-anak semua berjaya dalam hidup,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
“Anak adalah amanah daripada Allah SWT dan sentiasalah bersabar dalam mendidik mereka, Insya-Allah tuhan pasti akan membantu melorongkan jalan kepada setiap hambanya yang bersyukur,” katanya.
Anugerah disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Keluarga Ammar bin Yasir (Tokoh Keluarga Mithali) kepada Kasanah Mukkeri, 79, pada sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M peringkat negeri Perak hari ini. –fotoBERNAMA
Turut menerima anugerah adalah Amar Ariff Ahmad Po’aad bagi Anugerah Ibnu Abbas (Tokoh Pendakwah), manakala Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman merangkul Anugerah Zaid Bin Thabit (Tokoh Pengamal Media).
Bagi kategori Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) anugerah diberikan kepada Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Marhaen Taiping (KMM), Anugerah Pegawai Masjid (Tokoh Imam) diberikan kepada Zainall Abidin Zulkifli, Hamzah Ramli (Tokoh Bilal) dan Muhammad Noor Abd Yaseh (Tokoh Siak).
Sementara itu anak sulung Kasanah, Haffita Yusoff, 60, berkata ibu bapanya sangat mementingkan pelajaran setiap anak dan sanggup berkorban apa jua demi memastikan anak mereka berjaya.
“Pernah satu ketika adik kami yang keempat dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, tapi adik sorokkan perkara itu kerana tak mahu bebankan ibu, ayah. Bila ayah dapat tahu, ayah marah ….soal duit usah dirisaukan, ayah kata dia akan cari, arwah memang sangat tekankan pentingnya pelajaran,” katanya.
Haffita yang juga Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Selatan menambah, sejak dari kecil beliau telah diterapkan oleh ibunya agar menjadikan bersedekah sebagai amalan biasa dalam kehidupan harian.
“Kehidupan kami adik beradik ketika kecil memang susah, namun kami tidak pernah rasa ‘susah’ kerana segalanya cukup mereka sediakan, walaupun tidak semewah orang lain, kami bersyukur,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager