Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

STRUKTUR BUMBUNG PREMIS LIMA TINGKAT RUNTUH, BEBERAPA KENDERAAN ROSAK – BOMBA

DALAM NEGARA

STRUKTUR BUMBUNG PREMIS LIMA TINGKAT RUNTUH, BEBERAPA KENDERAAN ROSAK – BOMBA

Beberapa kenderaan mengalami kerosakan teruk susulan sebahagian struktur bumbung di sebuah premis lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, runtuh malam tadi.

Sumber Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Beberapa kenderaan mengalami kerosakan teruk susulan sebahagian struktur bumbung di sebuah premis lima tingkat di Jalan Kuchai Lama, di sini, runtuh malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata kejadian yang berlaku pada kira-kira 10.30 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pihak bomba telah melakukan pemeriksaan di setiap tingkat dan mengesahkan tiada mangsa terlibat.

“Buat masa ini, polis dan pihak bomba terpaksa menutup premis berkenaan sebagai langkah keselamatan daripada sebarang aktiviti sehingga ia disahkan selamat.

“Punca kejadian runtuh itu juga sedang disiasat pihak bomba,” katanya ketika dihubungi tengah malam tadi.

Terdahulu, kejadian berkenaan dirakam penduduk berhampiran sebelum ia tular di Facebook.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading