Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT

BATU PAHAT: Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa Mohamad Shahrul Nizam Mohd Ali, 24, dan isterinya Norshuhada Kartika Razak, 23, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang besi jalan hingga berpusing serta melintang di tengah jalan.    

“Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berada di belakang juga dalam arah sama, tidak sempat mengelak dan terus melanggar kereta tersebut hingga mengakibatkan pasangan suami isteri yang berada dalam kereta mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mereka yang beralamat di Kota Tinggi itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu SUV berusia 50 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar,” katanya dalam kenyataan hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading