GURU PONDOK, ASATIZAH PERLU DIDIK MASYARAKAT JAUHI PERBUATAN HINA AGAMA
PENDANG: Guru-guru di institusi pondok dan asatizah perlu memainkan peranan mendidik masyarakat agar menjauhi sebarang perbuatan menghina mana-mana agama yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman dalam masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada program Ziarah Santun Asatizah Duat Al-Falah di Pondok Bukit Jagung, Pendang.
PENDANG: Guru-guru di institusi pondok dan asatizah perlu memainkan peranan mendidik masyarakat agar menjauhi sebarang perbuatan menghina mana-mana agama yang boleh mencetuskan ketidaktenteraman dalam masyarakat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata golongan ilmuan Islam khususnya guru-guru pondok berperanan penting dalam mendidik memandangkan mereka diberikan kepercayaan dan harapan tinggi oleh masyarakat.
“Kalau guru-guru pondok dapat mainkan peranan untuk mengajak masyarakat jangan sesekali terlibat dalam sebarang bentuk menghina mana-mana agama, insya-Allah kita boleh bina keamanan dalam negara kita,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Program Ziarah Santun Du’at Al Falah di Pondok Mustaq Sungai Jagong, dekat sini semalam.
Dalam konteks penghinaan terhadap agama Islam, Mohd Na’im berkata pihaknya terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam memastikan tindakan tegas dapat diambil.
Beliau turut mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam untuk bersama-sama membina kesatuan dan perpaduan serta mengelak daripada terbabit dalam sebarang bentuk penghinaan agama.
“Sebab kalau berlaku huru-hara disebabkan penghinaan agama dan sebagainya, tidak memberi keuntungan kepada sesiapa dan kita bimbang ada segelintir yang cuba mengambil peluang menimbulkan kekecohan dan keseteruan dalam masyarakat di negara kita,” katanya.
Terdahulu pada program itu, Mohd Na’im mengajak golongan asatizah untuk memainkan peranan dalam membawa mesej Membangun Malaysia MADANI serta memastikan penyampaian dakwah selari dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests