ISRAEL BUNUH LEBIH 150 RAKYAT PALESTIN SEJAK GENCATAN SENJATA JANUARI
BANDARAYA GAZA: Lebih 150 rakyat Palestin telah dibunuh oleh Israel sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Jan tahun ini, termasuk 40 dalam tempoh dua minggu lepas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Pejabat Media Gaza pada Sabtu.
BANDARAYA GAZA: Lebih 150 rakyat Palestin telah dibunuh oleh Israel sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Jan tahun ini, termasuk 40 dalam tempoh dua minggu lepas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Pejabat Media Gaza pada Sabtu.
“Kami telah memerhatikan pihak pendudukan dengan sengaja meningkatkan jenayah di lapangan terhadap orang awam dalam beberapa minggu kebelakangan ini, menyasarkan individu yang mengumpul kayu api atau memeriksa rumah mereka, menyebabkan kematian mereka akibat tembakan tentera Israel,” menurut pejabat itu dalam kenyataan.
Kenyataan itu dibuat susulan serangan udara Israel di Beit Lahia, utara Gaza, yang mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk wartawan dan pekerja bantuan kemanusiaan.
Menyifatkan serangan itu sebagai “genosid kejam,” Pejabat Media Gaza menuduh Israel meningkatkan pencerobohannya di tengah-tengah laporan peningkatan arahan ketenteraan daripada kepimpinan Israel.
Pejabat itu menolak justifikasi Israel, dengan menegaskan semua individu yang disasarkan adalah orang awam yang sedang bekerja di kawasan perlindungan dan menjalankan dokumentasi media bagi sebuah organisasi amal.
Menurut pejabat itu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mesti mengambil tindakan segera terhadap jenayah perang Israel, termasuk yang dilakukan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan beberapa mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Indonesia di utara Gaza susulan serangan itu.
Saksi berkata serangan udara berkenaan menyasarkan pasukan bantuan yang sedang mengagihkan khemah sementara kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat pengeboman Israel.
Pusat Perlindungan Wartawan Palestin turut mengesahkan tiga wartawan terbunuh dalam serangan itu ketika mereka sedang mendokumentasikan usaha bantuan kemanusiaan untuk mangsa yang terjejas akibat kempen ketenteraan Israel yang berterusan.
Serangan itu merupakan sebahagian daripada siri pelanggaran gencatan senjata oleh Israel, walaupun gencatan senjata itu telah dimeterai hasil perantaraan Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat (AS).
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata, yang berlangsung selama enam minggu, berakhir pada awal Mac. Bagaimanapun, Israel enggan meneruskan fasa kedua, yang dijangka melibatkan pertukaran tahanan selanjutnya dengan Hamas.
Netanyahu didakwa melengahkan rundingan, dengan cuba melanjutkan tempoh pertukaran awal tanpa memenuhi komitmen ketenteraan dan kemanusiaan yang telah dipersetujui dalam perjanjian itu.
Hamas pula menegaskan komitmennya terhadap gencatan senjata dan menggesa pihak penntara memastikan Israel mematuhi perjanjian serta meneruskan rundingan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.