Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KESIHATAN MELEMAH SELEPAS KULIAH SUBUH, USTAZ ZARIFI DIKEJARKAN KE HOSPITAL

DALAM NEGARA

KESIHATAN MELEMAH SELEPAS KULIAH SUBUH, USTAZ ZARIFI DIKEJARKAN KE HOSPITAL

KUALA LUMPUR: Penceramah Mohd Zarifi Mohamad Daud dikejarkan ke sebuah hospital di Serdang untuk rawatan kecemasan selepas kesihatannya dilaporkan lemah sebaik selesai menyampaikan kuliah Subuh pagi tadi.

Adiknya, Mohd Hariri Mohamad Daud mengesahkan perkara itu dan memaklumkan abangnya kini sedang dirawat dan dalam keadaan stabil.

“Saya dengan rendah hati ingin maklumkan. Alhamdulillah, kekanda kami, Ustaz Zarifi stabil dan perlukan rehat.

“Beliau sekarang berada di wad dan dipantau oleh doktor. Terima kasih kepada semua kerana mendoakan kekanda kami,” katanya dalam catatan di Facebook.

Pagi tadi beberapa kenalan Mohd Zarifi turut berkongsi berita penceramah itu terpaksa dikejarkan ke hospital dan rata-rata memohon doa agar  rakan mereka itu diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

Mohd Zarifi merupakan individu yang cukup dikenali dalam dunia dakwah dan sering muncul di platform televisyen termasuk di TV AlHijrah untuk berkongsi ilmu agamanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading