Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SUAMI NANCY SHUKRI MENINGGAL DUNIA PETANG TADI

DALAM NEGARA

SUAMI NANCY SHUKRI MENINGGAL DUNIA PETANG TADI

Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari, meninggal dunia hari ini.

KUALA LUMPUR: Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari, meninggal dunia hari ini.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada petang tadi, di Kuala Lumpur. 

“Dengan penuh rasa sedih dan dukacitanya dimaklumkan bahawa Datuk Kamil bin Misuari, suami kepada YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P193 Santubong telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.

“Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak pada 19 Jun 2026,” katanya menerusi satu kenyataan media. 

Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi Nancy Haji Shukri di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya Kuching bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir namun masa akan dimaklumkan kemudian. 

Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya. 

Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Marhamah Rosli mengucapkan salam takziah kepada Nancy atas pemergian suami tercinta.

“Sesungguhnya kehilangan insan yang dikasihi adalah satu ujian yang amat berat. Tiada kata yang mampu menghilangkan kesedihan sebuah perpisahan, namun kita yakin bahawa setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Allah SWT pada waktu yang telah ditetapkan-Nya.

“Peristiwa seperti ini menjadi peringatan buat kita semua bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, dan setiap daripada kita pasti akan menemui saat kembali menghadap Allah SWT.

“Marilah kita terus memperbanyakkan amal kebajikan serta memanfaatkan masa yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya,” katanya menerusi hantaran di media sosial.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading