SUAMI SITI NURAMIRA DIDENDA RM16,000 BUAT HANTARAN VIDEO JELIK DI LAMAN SOSIAL
Suami pelawak wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika melakukan persembahan di kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video jelik di Instagram dan YouTube, tahun lepas.
PETALING JAYA: Suami pelawak wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika melakukan persembahan di kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail didenda RM16,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat dan memulakan hantaran video jelik di Instagram dan YouTube, tahun lepas.
Hakim Azrul Darus menjatuhi hukuman itu selepas V. Alexander Navin, 39, mengaku bersalah ketika prosiding pengurusan kes tersebut hari ini.
Mahkamah mengenakan denda RM8,000 atau penjara empat bulan ke atas tertuduh bagi setiap pertuduhan.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ serta YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’ pada 5 dan 16 Jun tahun lepas.
Alexander Navin didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran dengan mengambil kira faktor tindakan tertuduh memuat naik video yang telah mencetuskan ketidakselesaan masyarakat awam.
“Sebanyak 46 laporan polis diterima mengenai video tersebut di seluruh negara, jadi saya mohon hukuman yang dijatuhkan turut mengambil kira faktor kepentingan awam. Hukuman yang diberikan hendaklah menunjukkan bahawa keadilan telah ditegakkan,” katanya.
Peguam R. Sivaraj pula memohon hukuman denda ringan atas alasan anak guamnya telah mengaku bersalah di peringkat awal sebelum perbicaraan kes bermula dan dia juga tidak mampu membayar jumlah yang tinggi kerana tidak lagi bekhidmat sebagai pengajar selam bebas.
“Anak guam saya telah memeluk agama Islam pada Julai tahun lepas sebelum berkahwin dengan Siti Nuramira Abdullah pada Disember tahun sama.
“Selepas dituduh, dia tidak mempunyai akaun media sosial dan tidak membuat sebarang kontroversi. Kes ini merupakan bahan topik perbualan hangat dan mendapat liputan media sehingga anak guam saya mengalami perubahan gaya hidup yang drastik disebabkan tindakannya,” katanya sambil menambah Alexander Navin sudah insaf kerana tempoh reman 10 hari dan pengalaman ditahan serta disiasat polis menjadi pengajaran buat tertuduh.
Pada 17 April lepas, Siti Nuramira didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pilihan dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan menyebut dia seorang muslim yang telah menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum bertindak membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu melakukan persembahan di atas pentas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked