Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 3 TAHUN MENINGGAL DUNIA LIMA HARI SELEPAS DITEMBAK ISRAEL

DUNIA

KANAK-KANAK 3 TAHUN MENINGGAL DUNIA LIMA HARI SELEPAS DITEMBAK ISRAEL

RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin mengumumkan kematian Mohammad Tamimi, 3 tahun yang cedera parah pada Khamis selepas ditembak Tentera Israel di Tebing Barat.

Mohammad Tamimi, 3, meninggal dunia lima hari selepas ditembak Tentera Israel. – AFP

RAMALLAH: Kementerian Kesihatan Palestin pada Isnin mengumumkan kematian Mohammad Tamimi, 3 tahun yang cedera parah pada Khamis selepas ditembak Tentera Israel di Tebing Barat.

Kanak-kanak itu tidak berjaya diselamatkan walaupun pasukan perubatan telah berusaha keras.

Bapa beliau Haitham Al-Tamimi turut cedera dalam serangan itu.

Israel mendakwa tembakan dilepaskan sebagai tindak balas kepada dua lelaki bersenjata yang melakukan tembakan ke arah sebuah penempatan di Bandar Nabi Saleh dekat Ramallah.

Zionis mengaku tersalah tembak kanak-kanak itu dan kesal dengan kejadian berkenaan.

Bapa kanak-kanak itu bagaimanapun menafikan dakwaan Israel dan memaklumkan tidak berlaku berbalas tembak di kawasan itu, sebaliknya menuduh tentera Israel terus melepaskan tembakan ke arah keretanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin turut mengutuk pembunuhan kanak-kanak itu oleh Israel.

Tegas PBB, orang awam khususnya kanak-kanak tidak sepatutnya menaggung beban konflik dan mahu Israel mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab. —  AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading