Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA PELAJAR CEDERA, VAN SEKOLAH DIREMPUH MOTOSIKAL

DALAM NEGARA

LIMA PELAJAR CEDERA, VAN SEKOLAH DIREMPUH MOTOSIKAL

Lima pelajar sekolah rendah cedera selepas van dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, Sendayan, di sini, pagi tadi.

SEREMBAN: Lima pelajar sekolah rendah cedera selepas van dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal di simpang tiga Jalan Nusari Bayu 1, Sendayan, di sini, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu turut mengakibatkan penunggang motosikal berusia 17 tahun itu patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata, van sekolah tersebut dikatakan masuk ke simpang kanan jalan sebelum dirempuh motosikal yang bergerak lurus.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila van jenis Ford yang dipandu seorang lelaki berumur 65 tahun bersama 10 penumpang murid sebuah sekolah rendah sedang bergerak dari arah Taman Nusari Aman 1 menuju ke arah Taman Nusari Bayu 2.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu membelok ke kanan simpang sebelum datang sebuah motosikal jenis Modenas Pulsar yang ditunggang seorang lelaki dari arah bertentangan yang sedang bergerak lurus tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kiri van berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kemalangan tersebut menyebabkan lima daripada penumpang van sekolah masing-masing berumur tujuh hingga 12 tahun mengalami kecederaan luka-luka kecil akibat terkena serpihan kaca.

“Mereka yang cedera dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) manakala pemandu van bersama lima lagi murid pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan patah di bahagian tangan kanan dan luka-luka di bahagian kaki itu juga dibawa ke HTJ untuk menerima rawatan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading