SULTAN PAHANG MAHU SUSPEK KES WANITA DIBUNUH DIBERKAS SEGERA
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku selain menyifatkan kejadian yang menimpa mangsa sebagai kejam dan tidak berperikemanusian.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, (kanan) yang merupakan suami kepada Allahyarham Norshamira Zainal, 37, ketika mencemar duli melawat ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan hari ini. –fotoBERNAMA
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu suspek kes wanita yang ditemukan mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini semalam diberkas segera.
Baginda turut mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku selain menyifatkan kejadian yang menimpa mangsa sebagai kejam dan tidak berperikemanusian.
“Baginda mahu suspek segera diberkas dan hukuman setimpal dikenakan jika disabitkan atas kesalahan membunuh,” menurut hantaran Facebook Kesultanan Pahang.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyantuni keluarga peniaga makanan itu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.
Keberangkatan baginda di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HTAA diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan anakanda Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Al-Sultan Abdullah kelihatan sebak mendengar dan melihat kesedihan keluarga wanita itu serta turut menenangkan Zainal Rahim, 65, dan Mohammad Afiq Akhmal Nudin, 31, masing-masing bapa serta suami kepada mangsa.
Dalam kunjungan itu, baginda juga menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat buat Mohammad Afiq.
Zainal ketika ditemui pemberita berkata dia tidak menyangka sama sekali kejadian seperti itu akan berlaku membabitkan ahli keluarga sendiri dan terkesan dengan pemergian anak keduanya Norshamira, 37.
“Kali terakhir saya jumpa anak pada 28 Jan lepas di Melaka semasa melawat saudara kami. Norshamira seorang yang peramah dan selalu telefon saya dan isteri untuk bertanya khabar.
“Saya dimaklumkan mengenai kejadian ini semalam oleh suami anak, memang tak sangka dia pergi dalam keadaan macam ini. Saya harap pelaku jenayah terhadap anak segera ditangkap polis,” katanya.
Sementara itu, Mohammad Afiq Akhmal berkata beliau telah keluar mencari isterinya selepas menyedari mangsa masih tidak pulang ke rumah pada 5 pagi semalam.
“Pada Rabu isteri ada maklum nak balik rumah sekitar 10.30 malam, tetapi dia tidak pulang sampai pagi menyebabkan saya keluar mencarinya bersama rakan-rakan sebelum jumpa kereta kami di Tanjung Lumpur selepas tergerak hati hendak ke situ kerana pernah hantar pesanan di kawasan berkenaan.
“Dalam kereta memang tiada orang, isteri kemudian ditemukan oleh seorang rakan dan bapa saya telah memaklumkan penemuan itu kepada polis,” katanya sambil memaklumkan Norshamira menjalankan perniagaan sambal ikan bilis sejak setahun lepas dan akan melakukan penghantaran empat kali seminggu.
Jenazah ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Perantau Damai Keratong 8, Rompin sejurus selesai bedah siasat hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan mayat seorang peniaga makanan wanita tempatan berusia 37 tahun ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager