SULTAN SELANGOR TERIMA MENGHADAP MENTERI AGAMA

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Agama Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selasa lalu.

Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Mohd Na’im sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah serta Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Mohd Na’im juga merupakan mantan Ahli Dewan Diraja Selangor selain pernah memegang jawatan Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). — AlHijrah Online

Leave a Reply