Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TABUNG HAJI NYARIS LUMPUH NAMUN BERJAYA DISELAMATKAN

UTAMA

TABUNG HAJI NYARIS LUMPUH NAMUN BERJAYA DISELAMATKAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Lembaga Tabung Haji (TH) pernah berada di ambang kejatuhan akibat kecuaian dan sikap tamak haloba, namun berjaya dipulihkan selepas masalah itu dikesan pada peringkat awal.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Lembaga Tabung Haji (TH) pernah berada di ambang kejatuhan akibat kecuaian dan sikap tamak haloba, namun berjaya dipulihkan selepas masalah itu dikesan pada peringkat awal.

Beliau berkata, TH yang sekian lama menjadi tonggak pengurusan ibadah haji rakyat Malaysia kini kembali berada di landasan yang kukuh.

“Alhamdulillah dapat dikesan awal dan telah dipulihkan. Saya yakin TH akan terus cemerlang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Jemaah Menteri bersetuju mendedahkan keseluruhan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

Dalam pada itu, Anwar berkata cabaran terbesar sesebuah institusi kewangan bukan sekadar mencapai prestasi kewangan yang baik, malah memastikan tadbir urus, integriti dan amanah sentiasa dipelihara.

“Justeru, cabaran bagi warga Kumpulan Maybank, bukan sahaja prestasi kewangan, malah integriti kerana imej bank ini dihormati bukan kerana kejayaan kewangan semata-mata tetapi prestasi dan integriti profesionalnya,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut menggesa rakyat Malaysia terus bekerja keras untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, di samping memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang berpaksikan kesejahteraan rakyat menjelang ulang tahun ke-70 kemerdekaan negara.

“Mari kita bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan negara ini aman dan stabil di samping memperkukuh dan fokus kepada pertumbuhan ekonomi manusiawi, yang tentunya berpaksikan asas ekonomi.

“Apabila berbicara mengenai asas, tonggaknya masih institusi kewangan. Oleh itu, usaha semua pihak termasuk bank dan institusi kewangan untuk mengurus ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading