TABUNG MUSAADAH COVID19 BUKAN HANYA UNTUK MUSLIM – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Tabung Musa’adah COVID19 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dilancarkan hari ini, bukan hanya untuk orang Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sebaliknya, Zulkifli menegaskan tabung khas itu adalah untuk semua kelompok terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 tanpa mengira agama dan bangsa penerima manfaatnya.

Beliau berkata demikian susulan laporan media berbahasa Inggeris yang menyatakan tabung itu untuk orang Islam dan menimbulkan kekeliruan umum.

“Saya tidak pernah menyebut Tabung #MUSAADAHCOVID19 khusus untuk Muslim. Saya telah ulang beberapa kali, tabung ini untuk mereka yang memerlukan, termasuk frontliners dan lain-lain seperti kader JAKIM, kumpulan pengurusan jenazah dan yang berkeperluan, ” katanya dalam kenyataan meminta orang ramai merujuk liputan https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/1387578081414765/⁣ mengenai pelancaran tabung itu di Kompleks Islam Putrajaya pagi tadi.

Tajuk laporan Malay Mail tidak tepat

Zulkifili berkata, selain asnaf yang menjadi keutamaan, agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sehingga hari ini menyampaikan sumbangan lebih RM20 juta kepada gelandangan, frontliners dan pelajar di Wilayah Persekutuan dan luar Wilayah Persekutuan tanpa mengira agama dan bangsa.

“Boleh rujuk hantaran di semua media sosial saya bermula 19 Mac 2020. ⁣

⁣”Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk kenyataan yang tidak menggambarkan pendirian saya sejak enam tahun menjadi penjawat awam, terutamanya melibatkan isu hubungan antara agama dan kaum,” katanya. ⁣

Jesteru, menteri agama itu meminta pihak Malay Mail membetulkan kenyataan laporan media itu dan membuat permohonan maaf. — AlHijrah Online ⁣

Leave a Reply