WAKTU SOLAT SUBUH DI TERENGGANU DITAMBAH LAPAN MINIT BERMULA SABTU

KUALA TERENGGANU: Waktu solat Subuh di Terengganu ditambah kepada lapan minit daripada waktu sedia ada berkuat kuasa Sabtu ini. Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda berkata, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat yang diadakan pada 14 dan 20 Januari lalu. Menurutnya, perubahan itu tertakluk kerana jadual waktu Subuh akan menggunakan parameter 18 darjah di bawah ufuk berbanding 20 darjah sebelum ini.
Read more