Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAPAN MINIT TA’KHIR SOLAT

DALAM NEGARA

LAPAN MINIT TA’KHIR SOLAT

SUMBER FOTO FACEBOOK MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

SHAH ALAM: Wilayah-Wilayah Persekutuan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu menta’khirkan (melewatkan) azan Subuh selama lapan minit daripada takwim solat Wilayah Persekutuan sedia ada mulai esok.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pertambahan itu berikutan pertukaran darjah daripada 20 darjah kepada 18 darjah yang melibatkan tempoh masa empat minit.

“Secara dasarnya ia dipersetujui dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-116 yang berlangsung minggu lalu.

“Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah juga telah memperkenankannya untuk dilaksanakan di Wilayah Persekutuan setelah disyorkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan juga Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu Zulkifli berkata, pihaknya juga akan membahaskan secara khusus berhubung hukum solat Subuh yang telah dilakukan sebelum ini dalam masa yang terdekat.

“Kami akan bahaskan secara khusus berhubung hukum solat Subuh yang telah dilakukan sebelum ini berdasarkan kepada takwim sedia ada.

“Semoga ALLAH SWT mengurniakan kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya,” katanya. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading