Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAHANAN PALESTIN MAUT DI PENJARA ISRAEL SELEPAS MOGOK LAPAR 87 HARI

DUNIA

TAHANAN PALESTIN MAUT DI PENJARA ISRAEL SELEPAS MOGOK LAPAR 87 HARI

Tahanan Palestin Khader Adnan meninggal dunia pada Isnin di penjara Israel selepas 87 hari melancarkan mogok lapar, menurut kenyataan bertulis oleh kumpulan Jihad Islam Palestin pada Selasa.

Sumber Gambar: REUTERS

RAMALLAH: Tahanan Palestin Khader Adnan meninggal dunia pada Isnin di penjara Israel selepas 87 hari melancarkan mogok lapar, menurut kenyataan bertulis oleh kumpulan Jihad Islam Palestin pada Selasa.

“Khader Adnan mati syahid akibat jenayah yang dilakukan oleh musuh,” katanya.

Beliau berkata rejim Israel akan menanggung akibatnya, lapor Agensi Anadolu.

Pada 23 April, Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata mahkamah tentera Israel baru-baru ini menolak permintaan peguamnya supaya beliau dibebaskan dengan ikat jamin semasa hari ke-78 mogok laparnya.

Adnan berulang kali ditahan oleh tentera Israel dan beliau melancarkan beberapa mogok lapar sebagai membantah penahanannya.

Pada 2012, Adnan melancarkan mogok lapar selama 66 hari yang memaksa pihak berkuasa Israel membebaskannya dan melancarkan mogok lapar yang sama pada 2015 dan 2018.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading