Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NENEK, CUCU PEREMPUAN MAUT, KERETA DIPANDU ANAK LELAKI TERBABAS

DALAM NEGARA

NENEK, CUCU PEREMPUAN MAUT, KERETA DIPANDU ANAK LELAKI TERBABAS

Insiden pada 5.10 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Che Hasnah Jusoh, 67, dan Nurin Damia Mohd Nizam, 14 manakala Muhammad Asyraf Abdul Manap, 26, cedera di bahagian kaki.

MACHANG: Seorang nenek dan cucu perempuannya maut apabila kereta jenis Perodua Alza yang dipandu oleh anak lelaki warga emas itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 42 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata dalam insiden pada 5.10 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Che Hasnah Jusoh, 67, dan Nurin Damia Mohd Nizam, 14 manakala Muhammad Asyraf Abdul Manap, 26, cedera di bahagian kaki.

“Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung Bunut Tok Mak Teh Labok, Machang dan apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh Muhammad Asyraf dipercayai terbabas sebelum melanggar penghadang jalan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata susulan kemalangan itu, kereta dinaiki mangsa mengalami kerosakan teruk manakala kedua-dua penumpang berjaya dikeluarkan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang.

“Nurin Damia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Che Hasnah meninggal dunia pada 8.30 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Machang.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading