Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAJAAN HAJI RAJA SALMAN UNTUK 400,000 JEMAAH ADALAH PALSU

DALAM NEGARA

TAJAAN HAJI RAJA SALMAN UNTUK 400,000 JEMAAH ADALAH PALSU

Tawaran Haji Raja Salman atau Mohammed Bin Salman (MBS) untuk 400,000 jemaah yang tular di media sosial adalah palsu, kata Pegawai Penyelidik di Pejabat Atase Agama, Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Ahmad Fazrin Yahaya.

KUALA LUMPUR: Tawaran Haji Raja Salman atau Mohammed Bin Salman (MBS) untuk 400,000 jemaah yang tular di media sosial adalah palsu, kata Pegawai Penyelidik di Pejabat Atase Agama, Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Ahmad Fazrin Yahaya.

Katanya, Program Tetamu Haji Pelayan Dua Tanah Suci hanya akan menaja sekitar 5,000 jemaah haji setahun dari serata dunia.

Walaubagaimanapun, pendaftarannya secara tertutup dan diuruskan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi sahaja.

“Raja Salman tidak akan mengeluarkan kuota sebegini besar apatah lagi cara memohonnya disebarluas sebegitu rupa.

“Penipu kuota atau visa haji akan menggunakan modus operandi yang sama, antaranya dakwaan bahawa mereka ada kuota Raja Salman, kuota MBS, kuota kerabat Raja dan Sultan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, beliau menasihati para jemaah untuk berhati-hati dengan segala tawaran haji yang diterima.

“Jika ada pihak yang menawarkan pakej haji visa mujamalah atau furada tanpa ada penafian wang deposit atau bayaran penuh dikembalikan jika visa gagal diperolehi, maka tinggalkanlah tawaran-tawaran seperti ini,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading