ANWAR MAHU PEMASANGAN PAPAN IKLAN BAHARU PAPAR WAJAHNYA, MALAYSIA MADANI DIHENTIKAN
Beliau berkata pemasangan papan iklan itu tidak mendapat persetujuan serta kelulusannya, dan beliau mahukan supaya peruntukan bagi pemasangan papan iklan berkenaan dimanfaatkan kepada tujuan lain demi kepentingan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Hotel Raia, hari ini. –fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pemasangan papan iklan (billboard) baharu yang memaparkan wajah dirinya dan Malaysia MADANI yang menggunakan peruntukan kerajaan dihentikan serta-merta.
Beliau berkata pemasangan papan iklan itu tidak mendapat persetujuan serta kelulusannya, dan beliau mahukan supaya peruntukan bagi pemasangan papan iklan berkenaan dimanfaatkan kepada tujuan lain demi kepentingan rakyat.
Bagaimanapun katanya bagi papan-papan iklan yang telah siap dan dipasang, termasuk di tepi-tepi jalan, ia boleh dikekalkan.
“Saya datang dalam perjalanan ke Alor Setar, dan semalam beritahu tentang billboard Anwar dan MADANI itu di seluruh negara, ini tidak mendapat persetujuan dan kelulusan saya.
“Saya sudah beritahu tidak payah belanja ini, dijawab oleh jabatan yang berkenaan bahawa peruntukan ini peruntukan lama dan oleh kerana pertukaran Perdana Menteri dan kerajaan (maka) ia dipindahkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di sini hari ini.
Anwar berkata beliau faham mengenai perkara itu, namun berpandangan peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan lain, dan beliau mahukan supaya semua pengeluaran papan iklan baharu bagi tujuan itu dihentikan bagi mengelak pembaziran.
Jelasnya perkara itu tidak boleh diteruskan bagi menunjukkan pendirian sebenar Kerajaan MADANI, dan beliau meminta supaya ia dihormati.
“Pegawai yang terlibat itu mungkin merasakan ini hanya meneruskan dasar yang sedia ada, jadi saya tak salahkan, kebetulan saya tidak dimaklumkan dan saya tidak boleh memberi keputusan (ketika itu).
“Oleh kerana saya sudah dimaklumkan, saya tidak mahu dana kerajaan digunakan untuk buat billboard besar-besar, cukuplah yang ada tetapi tidak boleh diteruskan,” katanya.
Sementara itu dalam sesi temu bual secara langsung bersama Bernama TV di majlis sama, Perdana Menteri berkata Kedah mempunyai potensi untuk berkembang bersama negeri-negeri lain jika dapat diuruskan dengan baik.
“Kedah ini dikenali sebagai Jelapang Padi dan kita ada Kulim Hi-Tech Park, pelaburan baru, (kemudian) usaha kita untuk membina pelabuhan di Sanglang itu akan diteruskan, dan juga tentang Kedah serta Perlis untuk bina pelabuhan selain lintasan pelabuhan darat yang sedang direncanakan.
“Ia akan mengangkat kedudukan Kedah, Perlis bersama Pulau Pinang dan Perak tentunya sebagai negeri yang lebih maju dan potensinya besar, tetapi ia harus diurus dengan baik serta ada kerjasama yang rapat dan mantap antara (kerajaan) negeri dan Persekutuan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests