Sebanyak 11 kubur di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, di sini, ‘hilang’ batu nisan dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.
Penggali kubur Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, menunjukkan salah satu batu nisan daripada 11 kubur yang dicuri, ketika ditemui pengamal media di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan hari ini. –fotoBERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebanyak 11 kubur di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, di sini, ‘hilang’ batu nisan dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.
Menerusi tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan itu pagi tadi, kebanyakan batu nisan dicuri adalah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.
Penggali kubur Muhammad Izzul Hafiq Ramlan, 29, berkata terdapat beberapa waris yang menemuinya selepas terkejut melihat ketiadaan batu nisan ketika menziarahi kubur pada pagi raya seminggu lepas, sebelum ia tular di laman Facebook, sejak semalam.
Katanya, perkuburan di tanah wakaf itu tidak dikunci atas permintaan orang ramai terutama waris bagi memudahkan ia untuk diziarahi, sekali gus terdedah kepada pencerobohan.
“Ada ramai (waris) mengadu ketika ziarah kubur pada pagi raya batu nisan (ahli keluarga) hilang, kita tidak boleh buat apa kerana kubur ini tanah wakaf dan pada waktu malam juga tiada siapa jaga.
“Kita syak kegiatan ini dilakukan ketika waktu tiada pengebumian, mungkin waktu malam. Kebanyakan batu nisan yang dicuri adalah batu sungai dalam sembilan set, kerana boleh dijual semula dan nama si mati boleh dipotong,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan itu, hari ini.
Muhammad Izzul Hafiq berkata selain batu sungai, batu nisan putih yang kebiasaannya digunakan dan bernilai RM350 bagi satu set turut dicuri, dan turut menjelaskan kejadian tersebut kali pertama berlaku di tanah perkuburan yang dibuka sejak awal 90-an itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat ketika dihubungi berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.
Justeru, beliau menasihati orang ramai terutama waris untuk membuat laporan bagi memudahkan siasatan dilakukan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager