Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TAK PUAS HATI PERTUNANGAN DIPUTUSKAN, LELAKI LANGGAR BEKAS TUNANG

DALAM NEGARA

TAK PUAS HATI PERTUNANGAN DIPUTUSKAN, LELAKI LANGGAR BEKAS TUNANG

SANDAKAN: Seorang lelaki bertindak merempuh kenderaan bekas tunangnya dipercayai kerana tidak puas hati tali pertunangan diputuskan dalam kejadian di Bandar Indah, Batu Empat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya mengesan rakaman video di media sosial berdurasi 30 saat menunjukkan sebuah kenderaan dengan sengaja melanggar sebuah kenderaan lain.

Tambahnya, mangsa wanita berusia 20-an yang juga pemilik Perodua Myvi tampil membuat laporan kejadian di Balai Polis Sandakan pada hari sama.

Jelas Abdul Fuad, ketika kejadian, mangsa tidak berada dalam kenderaannya.

Bertindak atas laporan, polis berjaya menahan suspek pada 11.15 malam semalam untuk membantu siasatan.

“Motif kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa berikutan pertunangan mereka diputuskan.

“Suspek kini direman mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, rakaman video kejadian membabitkan sebuah Perodua Viva merempuh Perodua Myvi tular di media sosial. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading