Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

FENOMENA ISTIWA A’DZAM BERLAKU 5:28 PETANG INI, UMAT ISLAM BOLEH SEMAK ARAH KIBLAT

DALAM NEGARA

FENOMENA ISTIWA A’DZAM BERLAKU 5:28 PETANG INI, UMAT ISLAM BOLEH SEMAK ARAH KIBLAT

KUALA LUMPUR: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui satu hantaran di Facebook sebentar tadi memaklumkan bahawa fenomena Istiwa A’dzam akan berlaku pada 5:28 petang, 16 Julai, iaitu hari ini.

Fenomena Istiwa A’dzam merujuk kepada kedudukan matahari tepat di atas Kaabah dan peristiwa ini hanya berlaku sebanyak dua kali sahaja dalam masa setahun.

Fenomena tersebut boleh dimanfaatkan untuk menyemak arah kiblat yang menjadi panduan kedudukan Kaabah di Mekah, Arab Saudi ketika menunaikan solat. Semakan boleh dibuat di mana-mana premis atau rumah kediaman masing-masing.

Menurut hantaran itu lagi, semakan arah kiblat ini boleh dibuat dengan menggunakan objek yang tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Selain itu, cuaca yang baik iaitu tidak mendung atau hujan juga diperlukan untuk memastikan bayang-bayang kelihatan dan mudah ditanda.

Bagaimanapun, anda perlu memastikan proses semakan arah kiblat dibuat berdasarkan waktu yang diselaraskan dengan waktu SIRIM. Waktu sirim boleh dirujuk di (mst.sirim.my). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading