Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAK SEMPAT SOLAT TARAWIH, MASJID IBNU SINA MUSNAH TERBAKAR

DALAM NEGARA

TAK SEMPAT SOLAT TARAWIH, MASJID IBNU SINA MUSNAH TERBAKAR

KUALA LUMPUR: Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama semalam, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada  7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7.17 malam.

“Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya.

Jurucakap itu berkata kebakaran dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam ini.

Semasa kejadian tiada jemaah masjid, manakala  punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading