UMAT ISLAM TUNAI SOLAT SUNAT TARAWIH MALAM PERTAMA RAMADAN
KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan bulan Ramadan yang penuh keberkatan mula dirasai apabila seluruh umat Islam di Malaysia memenuhi ruangan saf-saf di masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih yang pertama bagi tahun 1444 Hijrah.
Umat Islam menunaikan solat sunat Tarawih malam pertama bulan Ramadan 1444H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA). — BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemeriahan sambutan bulan Ramadan yang penuh keberkatan mula dirasai apabila seluruh umat Islam di Malaysia memenuhi ruangan saf-saf di masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih yang pertama bagi tahun 1444 Hijrah.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan umat Islam di Malaysia mula menjalani ibadah puasa pada Khamis, menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Di ibu negara, lebih 1,000 umat Islam pelbagai lapisan umur membanjiri Masjid Negara, di sini, bagi menunaikan solat sunat tarawih yang diimamkan oleh Ahmad Mujahid Salleh Sani, yang merupakan imam jemputan bagi solat sunat tarawih di masjid itu setiap kali bulan Ramadan sejak 2017.
Di PERAK, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi kenyataan di laman Facebook mengajak umat Islam untuk menjadikan Ramadan kali ini sebagai bulan pengorbanan, berkasih sayang dan mengeratkan hubungan sesama Islam.
“Ambillah kesempatan sempena Ramadan untuk mendidik rohani dan jasmani kita untuk seikhlasnya membantu mereka yang memerlukan. Mudah-mudahan, madrasah Ramadan kali ini membuka pintu-pintu hati kita untuk menjadi insan yang selalu bersyukur dan mendambakan keredaan Allah SWT,” katanya.
Sebahagian jemaah menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Medan Klebang Restu. — BERNAMA
Selain itu, tinjauan di Masjid Jamek Medan Klebang Restu, Chemor di sini pula mendapati kira-kira 1,500 jemaah hadir bagi solat tarawih pada malam tadi.
Di KELANTAN, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dalam kenyataannya menyeru supaya rakyat menjadikan Ramadan kali ini sebagai peluang terbaik mendidik diri dengan semangat persaudaraan Islam dalam membentuk ummah, menerbitkan perasaan kasih sayang dan timbang rasa kepada mereka yang memerlukan.
Tinjauan di Masjid Mukim Kenor, Kuala Krai pula mendapati lebih 200 jemaah menunaikan lapan rakaat solat sunat tarawih dan tiga rakaat solat sunat witir.
Bagi Mohd Sayuti Abd Ghani, 56, berkata peluang menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, malah dapat menghidupkan bulan Ramadan dengan amal ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sementara itu di JOHOR, bagipenduduk Daerah Batu Pahat, yang merupakan satu-satunya daerah yang masih terjejas dengan bencana banjir, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) turut menyediakan imam bagi membantu lebih 1,000 mangsa yang masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) menunaikan solat sunat itu.
Antara PPS yang disediakan imam untuk solat tarawih termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Sejagong, SK Seri Manggis, SK Seri Tanjong, Sekolah Agama (SA) Sri Medan, SA Parit Sulong, SA Seri Chomel dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min.
Di PAHANG, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 yang terletak di bandar Kuantan antara yang menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan solat sunat tarawih dengan dipimpin imam Muhammad ‘Izzan Idris dan Muhammad Hafizuddin Tajuddin.
Di SARAWAK, tinjauan di Masjid Al Abyad di Kuching mendapati kira-kira 300 umat Islam di sini mula menunaikan solat tarawih di masjid yang terletak di kawasan Matang Jaya itu.
Terdahulu, proses melihat anak bulan Ramadan di Kuching telah berlangsung di Pantai Damai Resort di sini, yang melibatkan petugas Jabatan Mufti Sarawak.
Di SABAH, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan ringkas mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam terutamanya di Sabah dan berharap umat Islam di negeri itu dapat mengambil peluang bulan yang penuh keberkatan itu untuk melipatgandakan ibadah bagi mendapat ganjaran pahala.
Lebih 1,000 umat Islam turut mengambil kesempatan menunaikan solat sunat itu di Majlis Bandaraya Kota Kinabalu bermula kira-kira 8 malam dengan dipimpin Imam Besar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Hafiz Dr Hamzah Al-Hafiz. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked