TAKAFUL MALAYSIA MUNCUL KAUNTER PALING UNTUNG

KUALA LUMPUR : Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) muncul kaunter paling untung dalam dagangan awal di Bursa Malaysia hari ini selepas mencatat keuntungan bersih lebih kukuh sebanyak RM112.3 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2019 (Q3 2019) susulan peningkatan pendapatan fi wakalah.
Pada 10.06 pagi, saham Takaful Malaysia meningkat 28 sen kepada RM6.48 dengan sejumlah 749,200 saham saling bertukar tangan.
Semalam, pengendali takaful itu memaklumkan Bursa Malaysia mengenai keuntungan bersih Q3 2019 syarikat itu yang meningkat 33.8 peratus tahun ke tahun daripada RM84.0 juta pada suku sama tahun lepas dengan pendapatan suku tersebut turut meningkat 16.1 peratus kepada RM753.5 juta daripada RM649.0 juta, sebelum ini.
Berikutan itu, bagi tempoh terkumpul sembilan bulan yang berakhir pada 30 September, keuntungan bersih 2019 meningkat sebanyak 41.8 peratus tahun ke tahun kepada RM289.7 juta daripada RM204.4 juta bagi tempoh sama tahun lepas manakala pendapatan syarikat itu turut meningkat 21.0 peratus tahun ke tahun kepada RM2.34 bilion daripada RM1.94 bilion, sebelum ini.
“Walaupun dalam sentimen perniagaan berhati-hati pada 2019, kumpulan itu menjangkakan industri takaful berupaya mengatasi penginsurans konvensional memandangkan permintaan yang tinggi terhadap produk-produk Takaful,” katanya.
Sementara itu, MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research) mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap Takaful Malaysia dengan harga sasaran tidak berubah pada RM6.60.
Dalam satu nota hari ini, firma penyelidikan itu juga kekal optimis terhadap prospek syarikat itu berikutan asas-asas Takaful Malaysia, khususnya membabitkan pertumbuhan segmen Takaful Keluarga.
“Model kerjasama bankasurans dan kecekapan operasi menerusi usaha pendigitalan terus menjadi faktor teras bagi memacu prospek pertumbuhan pendapatan syarikat berkenaan.
“Kami juga berpendapat menerusi nisbah gabungan yang positif sebanyak 68.0 peratus akan memberi ruang untuk syarikat itu mengembangkan portfolionya,” katanya.
Namun demikian, langkah liberalisasi insurans motor dan kebakaran yang terus dijalankan dijangka memberi impak kurang memberangsangkan terhadap segmen insurans am.
“Segmen ini sahaja menyumbang kira-kira 30.0 peratus kepada perolehan kasar kumpulan. Pertumbuhan perolehannya juga kian susut walaupun masih mencatat pertumbuhan dua digit yang kukuh berikutan asas-asas yang lebih tinggi serta aspek normalisasi,” katanya. — BERNAMA