Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAN SRI DR HARUSSANI MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

TAN SRI DR HARUSSANI MENINGGAL DUNIA

May be an image of 2 people and text

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meninggal dunia hari ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.

Pemergian Allahyarham turut dimaklumkan Jabatan Mufti Negeri Perak.

“Dukacita dimaklumkan, Mufti Perak Tan Sri Datuk Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria baharu sahaja meninggal dunia,” kata hantaran Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak kira-kira jam 3.04 petang tadi.

Mufti Perak itu sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum memulakan sidang media perincian prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengesahkan Allahyarham kembali ke rahmatullah hari ini akibat jangkitan COVID-19. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading