Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH: MAYAT IBU DAN ANAK DITEMUKAN BERPELUKAN

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH: MAYAT IBU DAN ANAK DITEMUKAN BERPELUKAN

Mayat ibu dan anak perempuannya dipercayai berusia lingkungan tiga tahun dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, di sini, ditemukan  dalam keadaan berpelukan, petang tadi.

BATANG KALI: Mayat ibu dan anak perempuannya dipercayai berusia lingkungan tiga tahun dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, di sini, ditemukan dalam keadaan berpelukan, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata mayat ke-17 dan 18 itu ditemui di tapak perkhemahan bersebelahan sungai pada jam 4.40 petang.

“Pada jam 5 petang pula, pasukan penyelamat menjumpai satu lagi mayat berhampiran kawasan yang sama dan usaha-usaha untuk mengeluarkan mayat berkenaan sedang dijalankan,” katanya pada sidang media di lokasi berkenaan.

Norazam berkata 19 mayat telah dijumpai setakat petang ini manakala 14 lagi masih hilang.

“Usaha mencari dan menyelamat akan diteruskan tanpa henti sehingga semua mangsa ditemui,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata operasi akan dihentikan sekiranya berlaku hujan lebat.

Seramai lebih 700 anggota penyelamat terlibat dalam operasi ini yang bertugas secara bergilir-gilir.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah, berkata waris mangsa yang terkorban boleh hadir ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading