Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM, AGENSI AGAMA AKAN BANTU MANGSA TANAH RUNTUH – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

JAKIM, AGENSI AGAMA AKAN BANTU MANGSA TANAH RUNTUH – MENTERI AGAMA

Setakat jam 4.40 petang tadi, bomba mengesahkan dua lagi mayat ditemui menjadikan angka korban tragedi itu meningkat kepada 18 orang manakala 15 lagi masih hilang.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi-agensi di bawah jabatannya untuk membantu keluarga mangsa runtuhan tanah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN – ANGKA KORBAN TANAH RUNTUH MENINGKAT KEPADA 21 ORANG

Beliau yang mengikuti rapat perkembangan berita bencana tersebut turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa.

“Semua pihak adalah dipohon untuk bersama-sama mendoakan semoga usaha mencari dan menyelamatkan mangsa dipermudahkan.

“Saya berharap keluarga, kenalan dan rakan taulan mangsa tabah dan sabar dengan ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat jam 4.40 petang tadi, bomba mengesahkan dua lagi mayat ditemui menjadikan angka korban tragedi itu meningkat kepada 18 orang manakala 15 lagi masih hilang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading